Hugh Low
Hugh Low

Hugh Low

Sir Hugh Low, GCMG[1][2] (10 May 1824 – 18 April 1905) merupakan seorang pegawai jajahan dan naturalis British. Beliau menduduki Labuan sebagai seorang pentadbir sebelum berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai Residen Perak.[3]Pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan beliau yang berjaya banyak mempengaruhi cara pentadbiran British di jajahan rantau Nusantaranya.[3] Beliau terkenal sebagai pelopor usaha perkebunan pokok getah di kepulauan ini yang mempengaruhi ekonomi setempat Tanah Melayu pada abad-abad berikutnya. Beliau turut merupakan orang pertama melakukan percubaan mendaki Gunung Kinabalu semasa jawatannya di Borneo tahun 1851; puncak tertinggi di gunung ini yakni Puncak Low (Low's Peak) dinamakan sempena beliau.[3][4]